Ahad, 30 Julai 2017 | 4:51pm

Kekasih Afifah Nasir tetap setia

KUALA LUMPUR: Ketika hampir seluruh netizen di Malaysia menghentam teruk Afifah Nasir susulan kontroversi mengaitkan dirinya bersama Aliff Aziz, kekasih pelakon baharu itu yang dikenali sebagai Wan Ariff kekal setia di sisi.

Wan Ariff berkata, meskipun ada bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki dan wanita, masing-masing menyerupai Aliff dan Afifah berpegangan tangan, beliau yakin kejadian itu ada alasannya.

Ya, saya dah tengok rakaman CCTV, malah sebelum artikel dan video dikeluarkan kepada umum.

"Bagaimanapun, saya masih bersama dia (Afifah). Semua itu pasti ada alasan. Sabar," katanya.

Wan Ariff tampil dengan kenyataan berkenaan menerusi Instagram Story di laman sosial bergambar itu.

Malah, beliau dilihat turut memuat naik video Instagram Story menunjukkan dirinya menjamu selera dengan artis baharu terbabit.

Kenyataan itu membuatkan rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan Wan Ariff, yang menyifatkan Afifah tidak sepatutnya diberi peluang, apatah lagi apabila adanya bukti kukuh.

Wan Ariff turut menjadi mangsa 'persinggahan' komen berbentuk serangan daripada netizen memandangkan Afifah dan kakaknya, Anzalna, juga seorang pelakon, menutup ruangan komen Instagram masing-masing.

Kelmarin, Aliff dilaporkan direman kerana dikatakan memukul isterinya, Bella Astilah, 23, di sebuah pusat hiburan di Cheras, petang Khamis lalu.

Dalam kejadian itu, Bella, yang masih berpantang anak pertama, bersama ibunya mencari Aliff di premis terbabit kira-kira jam 4.30 petang. Mereka mendapati aktor yang juga seorang penyanyi itu sedang bersama dengan Afifah.

Aliff dibebaskan dengan jaminan polis, tengah hari semalam.

34581 dibaca
Berita Harian X