Ahad, 16 Julai 2017 | 6:08pm
Foto hiasan

Buka pekung bercuti dengan kekasih

ALAHAI, meluat pula melihat gelagat seorang pelakon ini. Tanpa segan silu memuat naik gambar berdua-duaan bercuti dengan kekasih di laman sosial. Apa yang membuat Raja jelik, dia tidak kisah berpakaian seksi seperti tidak cukup kain pula... Aduhai!

Apabila netizen mengata, tahu pula marah. Mungkin dia tidak sedar, ia berpunca daripada dirinya sendiri kerana membuka ruang fitnah dan kejian untuk dilemparkan. Nak publisiti murahan ke?

Kalau mahu berseronok, cuti berdua-duaan macam tu, kahwinlah cepat. Lebih manis berkahwin dulu, baru pergi bercuti. Tidaklah nanti penat menjawab sana sini.

Entahlah apa perasaan pelakon seorang ini? Orang lain pun ada kekasih tetapi, tidak 'over' konon cintanya terlalu mendalam. Raja tidak nafikan, kekasihnya itu memang kacak, mungkin pelakon ini rasa tidak selamat dan takut disambar orang.

Kalau bimbang ada mata lain yang sedang memerhatikan kekasihnya, suruhlah rombongan datang meminang cepat. Kan lebih selamat...

RAJA: Beruntungnya menjadi selebriti popular ini selalu diterbangkan menggunakan jet peribadi apabila keluar bekerja.

3446 dibaca
Berita Harian X