Khamis, 23 Ogos 2018 | 1:15pm
MALCOLM Turnbull, semasa sidang akhbar di Dewan Parlimen di Canberra. - Foto AFP

Turnbull masih pertahan kedudukan

CANBERRA: Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull masih berdegil mempertahankan kedudukannya hari ini, ketika beberapa menteri kanan menafikan kepimpinannya, mendesak agar beliau mengadakan undi kepimpinan kedua esok jika sudah menerima surat ditandatangani majoriti ahli parti pemerintah, Parti Liberal.

Turnbull menang tipis undian kepimpinan pada Selasa menentang bekas Menteri Dalam Negeri, Peter Dutton. Dutton dan beberapa menteri kanan hari ini meminta agar undian kedua diadakan.

Bagaimanapun, Turnbull berkata jika beliau menerima surat meminta agar pengundian diadakan semula, beliau akan mengadakan mesyuarat parti tengah hari esok.

Sekiranya gerakan tidak percaya kepimpinan diluluskan, beliau tidak akan bertanding.

“Jika gerakan itu dilakukan. Saya menganggap ia sebagai undi tidak percayai dan tidak akan bertanding sebagai calon,” kata Turnbull kepada wartawan. - Reuters

201 dibaca
Berita Harian X