Ahad, 6 Mei 2018 | 2:09am
Pertempuran antara rakyat Palestin dan tentera Israel di sempadan Gaza berikutan demonstrasi besar-besaran untuk kembali ke tanah air mereka. - Foto AFP

Lima maut letupan di Gaza

GAZA : Seramai lima pejuang hamas disahkan maut dalam satu letupan di tengah Semenanjung Gaza hari ini dalam kejadian yang disifatkan sebagai satu kemalangan.

Kementerian Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa letupan di kawasan Az-Zawayda itu meragut lima nyawa serta mencederakan tiga yang lain.

Ia berlaku seminggu selepas tunjuk perasaan berdarah di sepanjang sempadan Gaza dan Israel yang meragut 50 nyawa setakat ini, tetapi tiada petunjuk menyatakan ia diakibatkan oleh serangan tentera Israel.

Jurucakap tentera Israel berkata, mereka tidak menyedari kejadian itu.

Sementara itu pihak berkuasa di Gaza tidak memberikan sebarang maklumat lanjut berhubung letupan berkenaan.

Beberapa kejadian letupan di Gaza sebelum ini diakibatkan oleh kemalangan yang berpunca dari bahan letupan milik kumpulan militan. - AFP

371 dibaca
Berita Harian X