Khamis, 5 April 2018 | 5:30pm

6 maut, insiden bumbung lombong runtuh

TBILISI: Seramai enam pelombong arang batu maut, manakala tiga lagi cedera apabila bumbung lombong tempat mereka bekerja runtuh di barat Georgia.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Georgia dalam satu kenyataan berkata, kemalangan itu berlaku di lombong Mindeli, kira-kira 200 kilometer dari barat Tbilisi.

Lombong berkenaan diuruskan syarikat tempatan dikenali sebagai Sakhnakhshiri.

Sejak 2011, seramai 10 pelombong dilaporkan maut di lombong berkenaan dalam pelbagai kemalangan. - Reuters

172 dibaca
Berita Harian X