;
Jumaat, 2 March 2018 | 4:28pm
DUA puluh empat orang mati akibat kebakaran yang merobek klinik pemulihan dadah di ibu kota Azerbaijan, Baku.. - Foto AFP

24 mati, kebakaran pusat pemulihan di Azerbaijan

BAKU, Azerbaijan: Sekurang-kurangnya 24 orang mati dalam kebakaran di sebuah klinik pemulihan dadah di sini, hari ini, kata pihak berkuasa.

"Kebakaran berlaku kira-kira jam 6.10 pagi waktu tempatan, di Pusat Narkotik Republikan. Semua mayat 24 mangsa sudah ditemui," kata kenyataan bersama Pejabat Pendakwa Negara, kementerian kesihatan, dalam negeri dan kecemasan.

Kenyataan itu turut mengesahkan bangunan wad kayu setingkat itu musnah dan kebakaran dipercayai berpunca daripada masalah grid kuasa.

Terdahulu, agensi berita APA Azerbaijan melaporkan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dalam kebakaran itu.

Kebakaran dikatakan memusnahkan wad pesakit dan api berjaya dikawal pasukan bomba dan penyelamat yang turut menyiasat punca kejadian.

Wilayah bekas jajahan Soviet itu mempunyai sejarah kematian ramai disebabkan kebakaran bangunan kediaman dan tempat lain.

Pada Mei 2015, 15 orang termasuk lima yang cedera ringan mati disebabkan kebakaran bangunan bertingkat di Baku.

Pada Oktober 1995, 289 orang mati dalam kebakaran membabitkan kereta api bawah tanah dan ia berpunca daripada masalah pengangkutan yang sudah terlalu lama. - AFP

198 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »