Khamis, 4 Januari 2018 | 1:22am
16 penduduk yang dihanyutkan arus, selepas sebatang jambatan runtuh di kawasan lembah pergunungan Machu Pichu. - Foto ihsan laman web daily-sun.com

16 penduduk hilang jambatan runtuh di Peru

LIMA: Anggota pasukan penyelamat Peru, terpaksa mengharungi sungai semalam dalam usaha mengesan 16 penduduk yang dihanyutkan arus, selepas sebatang jambatan runtuh di kawasan lembah pergunungan Machu Pichu.

Jambatan yang terletak berhampiran Kampung Kimbiri itu runtuh kelmarin, selepas kawasan berkenaan mengalami hujan lebat selama beberapa jam.

Pihak pertahanan awam berkata, ketika kejadian, sekurang-kurangnya 30 orang sedang berjalan menyeberanginya laluan berkenaan.

Katanya, 15 mangsa sempat menyelamatkan diri dan dihantar hospital kerana mengalami kecederaan, tetapi 16 lagi dihanyutkan arus sungai Kimbiri.

Usaha mencari dan menyelamat mangsa membabitkan gerakan helikopter tentera, tentera laut dan pasukan bomba.

Pasukan penyelamat berkata, hujan yang dialami, meningkatkan kelajuan arus di kawasan berkenaan.

Jambatan terbabit dibina pada 2015 dan ditutup kepada lalu lintas untuk kerja penyelenggaraan, kata pihak berkuasa tempatan di Kimbiri. - AFP

473 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »