Khamis, 28 September 2017 | 11:04pm
WABAK penyakit berjangkit yang dibawakan oleh haiwan mamalia kecil seperti tikus turut membunuh berjuta-juta orang di seluruh dunia sebelum ini, namun sebahagian besarnya berjaya dihapuskan.- Foto AFP

19 mati akibat wabak di Madagascar

ANTANANARIVO: Penyebaran wabak di Madagascar sudah membunuh 19 orang dan mungkin menjangkiti 85 yang lain hanya dalam tempoh dua bulan, kata Kementerian Kesihatan negara kepulauan Lautan India itu, hari ini.

Wabak penyakit berjangkit yang dibawakan oleh haiwan mamalia kecil seperti tikus turut membunuh berjuta-juta orang di seluruh dunia sebelum ini, namun sebahagian besarnya berjaya dihapuskan.

"Kami merekodkan 104 kes disyaki wabak di seluruh Madagascar, yang mengorbankan 19 mangsa.

"Tahun ini, musim wabak bermula terlalu cepat dan kejam," kata Menteri Kesihatan, Mamy Lalatiana Andriamanarivo kepada wartawan.

Kematian pertama berlaku pada Ogos lalu selepas seorang penumpang teksi maut ketika dalam perjalanan ke bandar di timur pantai kepulauan itu.

Yang turut terkorban, dua lagi mangsa yang bersentuhan dengan penumpang itu, sementara dua lagi ditimpa nasib sama di tengah pulau itu.

Madagascar ditimpa penularan wabak setiap tahun sejak 1980, berpunca daripada tikus yang melarikan diri daripada kebakaran hutan. - AFP

482 dibaca
Berita Harian X