Selasa, 26 September 2017 | 12:34pm

Indonesia, rantau gunung berapi aktif di dunia

JAKARTA: Indonesia, negara yang memiliki rantau paling banyak gunung berapi aktif di dunia kini mempunyai 129 gunung berapi masih aktif.

Terbaharu, hampir 50,000 penduduk di Bali, dipindahkan berikutan kebimbangan letusan Gunung Agung.

Negara kepulauan di Asia Tenggara itu, terdiri daripada lebih 17,000 pulau dan pulau kecil, terletak dalam lingkaran api Pasifik, zon luas tidak stabil dengan pertembungan plet tektonik menyebabkan gempa kerap dan aktiviti gunung berapi besar-besaran.

Berikut beberapa letusan gunung berapi dahsyat di Indonesia;

* Pada 1815, Gunung Tambora di pulau Sumbawa meletup dalam satu letusan paling ganas direkodkan sejarah. Dianggarkan 12,000 penduduk maut manakala kebuluran akibat daripada bencana itu mengakibatkan lebih 80,000 kematian.

* Pulau Krakatoa secara praktikal terhapus dalam peta pada 1883 akibat ledakan gunung berapi amat dahsyat sehingga didengar sejauh 4,500 kilometer. Kira-kira 36,000 orang terbunuh dalam letusan itu yang mengakibatkan tsunami. Gunung berapi baharu muncul pada 1928 di tapak sama atau digelar Anak Krakatoa.

- Gunung berapi di pulau Jawa itu sudah meletus beberapa kali. Pada 1568, ia meragut 10,000 nyawa serta tambahan 5,000 nyawa pada 1919.

- Pada Februari 2014, 75,000 orang dipindahkan berikutan ramalan letusan.

* Pada 1930-an, letusan di Gunung Merapi, pulau Jawa, dianggap gunung berapi paling aktif dan berbahaya di dunia, meragut lebih 1,300 orang.

- Ia meletus sekali lagi pada 2010 memaksa 280,000 orang melarikan diri serta meragut lebih

300 nyawa dalam apa yang dianggap letusan paling berkuasa sejak 1930-an.

- Merapi juga satu daripada tapak gunung berapi paling padat penduduk. Seramai 12,000 orang tinggal di cerunnya dan jutaan lagi hidup terancam.

* Gunung Agung, pusat spiritual di pulau Bali, melalui beberapa letusan besar pada 1963 yang

menyebabkan hampir 1,600 maut. -AFP

739 dibaca
Berita Harian X