Sabtu, 5 Ogos 2017 | 7:19am
Gambar disediakan oleh pelombong berlian Russia, Alrosa menunjukkan lokasi lombong berlian Mir semasa operasi menyelamat di Sakha kira-kira 4,160 kilometer di timur Moscow. - Foto AFP

Banjir landa lombong berlian, 9 hilang

MOSCOW: Pasukan penyelamat antara lombong berlian terbesar di Russia meneruskan usaha pencarian mengesan sembilan pelombong yang hilang selepas air melimpah ke dalam terowong bawah tanah ketika lebih 100 pekerja berada di dalamnya.

Syarikat pengeluar berlian terbesar Russia, Alrosa, berkata sembilan pelombong dilaporkan hilang selepas air melimpah ke dalam lombong Mir di wilayah Skha yang terletak kira-kira 4,160 kilometer di timur Moscow.

Kementerian kecemasan di wilayah itu berkata, pasukan penyelamat meneliti kaedah lombong itu beroperasi untuk mencari dan menyelamatkan mangsa.


Gambar disediakan oleh pelombong berlian Russia, Alrosa menunjukkan lokasi lombong berlian Mir semasa operasi menyelamat di Sakha kira-kira 4,160 kilometer di timur Moscow. - Foto AFP

Kebocoran berlaku di sebuah stesen pengepam lombong terbabit dengan kira-kira 300,000 meter padu air melanda dari kawah yang tidak digunakan atau bersamaan 120 kolam renang Olimpik, kata kementerian berkenaan.

"Kemalangan dipercayai berpunca daripada proses geologi yang menghanyutkan batuan di kawah ini.

"Ia menyebabkan pengaliran air tidak terkawal dari kawah tinggal lombong ke dalam terowong bawah tanah," kata Alrosa sambil menambah semua jentera diuji secara berkala. - AFP

623 dibaca
Berita Harian X