Khamis, 3 Ogos 2017 | 9:50am
PENDUDUK dunia yang buta akan bertambah tiga kali ganda daripada kira-kira 36 juta hari ini kepada 115 juta pada 2050. - Foto hiasan

Penduduk buta diramal meningkat - kajian

PARIS: Penduduk dunia yang buta akan bertambah tiga kali ganda daripada kira-kira 36 juta hari ini kepada 115 juta pada 2050 berikutan populasi semakin bertambah dan usia semakin meningkat, kata penyelidik.

Jumlah mereka yang mengalami masalah penglihatan sederhana hingga teruk, tidak boleh dipulihkan dengan memakai cermin mata, kanta sentuh atau pembedahan, juga akan meningkat hampir tiga kali ganda, daripada 217 juta kepada 588 juta pada tempoh sama.

Kebanyakan mereka yang terjejas tinggal di Afrika dan Asia, menurut penyelidikan yang disiarkan dalam jurnal The Lancet Global Health.

Melihat pada data dari 188 negara, penyelidik merumuskan kelaziman cacat penglihatan, bilangan golongan buta bagi setiap kumpulan penduduk, menurun daripada 0.75 peratus pada 1990 kepada 0.84 pada 2015.

Kadar masalah penglihatan sederhana hingga turun berkurangan dari 3.83 peratus kepada 2.9 peratus pada tempoh sama.

"Ini hampir pasti disebabkan perkhidmatan kesihatan yang semakin baik seperti pembedahan katarak," kata penulis bersama kajian, Rupert Bourne dari Universiti Anglia Ruskin.

Namun jumlah kasar tidak berhenti meningkat selari dengan pertumbuhan penduduk dan pertambahan umur.

Kebanyakan masalah visual berlaku dalam kalangan warga emas.

Ramalan baru berdasarkan unjuran penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) malah mengandaikan kelaziman itu berterusan menurun. - AFP

487 dibaca
Berita Harian X