Isnin, 17 Julai 2017 | 10:12am

Tonga dilanda gempa

SYDNEY: Gempa bumi bawah laut bermagnitud 6.1 melanda pulau Pasifik Selatan, Tonga hari ini, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS).

Gempa pada kedalaman 97 kilometer itu dikesan sepanjang 180 kilometer (km) selatan-barat daya Neita di Tonga.

Setakat ini, tiada amaran tsunami, kematian atau kerosakan harta benda dilaporkan. - Reuters

Berita Harian X