Khamis, 11 Oktober 2018 | 9:56pm
ANGGOTA tentera Sepanyol membantu membersihkan jalan Sant Llorenc des Cardassar yang dipenuhi lumpur susulan banjir yang melanda Majorca. - Foto AFP

12 maut akibat banjir di Majorca

MADRID: Angka kematian akibat banjir kilat yang melanda pulau peranginan di Majorca, Sepanyol meningkat kepada 12 orang, selepas dua lagi mayat ditemui, dipercayai warga Jerman.

Jurucakap polis pertahanan awam, kedua-dua mayat itu ditemui berhampiran Arta, iaitu salah satu bandar yang terjejas dalam kejadian banjir kilat berkenaan.

Perkhidmatan kecemasan dalam ciapan di Twitter mengumumkan penemuan mayat mangsa di kawasan berhampiran kereta dipercayai milik warga Jerman berkenaan ditemui. - AFP

65 dibaca
Berita Harian X