Rabu, 10 Oktober 2018 | 3:03pm
Orang ramai ditempatkan di pusat sukan Miguel Angel Nadal di Manacor selepas mereka dipindahkan akibat huan lebat dan banjir menyebabkan tiga orang mati di Sant Llorenc des Cardassar di Mallorca, Kepulauan Balearic, Sepanyol. - Foto EPA

5 maut akibat hujan lebat di Sepanyol

MADRID: Sekurang-kurangnya lima orang maut akibat hujan lebat dan banjir yang melanda pulau Mallorca, Sepanyol, malam semalam.

Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 12 orang dikhuatiri masih hilang selepas hujan lebat itu.

Kerajaan serantau menggesa mesyuarat tergempar bagi menyelaraskan usaha menyelamat mangsa.

Pihak berkuasa berkata, pekerja penyelamat dan unit tentera sedang menuju ke kawasan terjejas bagi membantu mangsa yang terbabit.

“ Solidariti dan sokongan saya terhadap keluarga serta rakan-rakan mangsa dan mereka yang terjejas oleh banjir dahsyat itu,” kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez menerusi Twitter, hari ini.-Reuters.

161 dibaca
Berita Harian X