Selasa, 13 March 2018 | 7:38am
PEGAWAI polis menyiasat di sebuah pasar raya lokasi Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia didapati diracun. - Foto Reuters

NATO bimbang ejen Russia diserang di Britain

BRUSSELS: Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) melahirkan rasa bimbang serangan terhadap bekas perisik Russia di Britain.

Jens Stoltenberg semalam mengatakan kebimbangan pertubuhan itu dan sedang berhubung dengan pihak berkuasa United Kingdom.

"UK adalah sekutu yang dihargai dan insiden ini menjadi kebimbangan kepada NATO. NATO sudah berhubung dengan pihak berkuasa UK berhubung isu ini," kata Stoltenberg dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya.

Bekas ejen Russia, Sergei Skripal dan anak perempuannya Yulia ditemui tidak sedarkan diri di sebuah bangku berhampiran kediaman mereka. Mereka dihantar ke sebuah hospital tempatan dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

Skripal adalah bekas kolonel dalam perisikan tentera Russia yang dipenjarakan di negaranya kerana mengkhianati ejen dalam perkhidmatan rahsia MI6 Britain.

Dia diampunkan pada 2010 sebelum diterbangkan ke Britain. - AFP

811 dibaca
Berita Harian X