Selasa, 13 March 2018 | 12:49am
Putera Harry (kanan) bersama tunangnya, Meghan Markle menghadiri Perkhidmatan Hari Komanwel di Westminster Abbey di London. - Foto AFP

Markle mula jalani tugas diraja

LONDON: Tunang Putera Harry, aktres Meghan Markle, semalam melakukan tugas rasmi diraja pertamanya dengan Ratu Elizabeth sejak pasangan itu mengumumkan akan berkahwin.

Markle menyertai bakal suami dan anggota diraja lain termasuk bapa Harry, Putera Charles dan abangnya, Putera William dan isteri, Kate, di Westminster Abbey untuk acara Komanwel.

Perdana Menteri Britain, Theresa May dan Setiausaha Agung Komanwel, Patricia Scotland, adalah antara 2,000 peserta acara itu, perhimpunan antara agama tahunan terbesar di United Kingdon, yang juga membabitkan lebih 800 pelajar sekolah dan golongan muda.

Ratu Elizabeth menjadi ketua Komanwel sejak 1952 dan pembantu kanannya berkata, beliau menganggap kejayaan pertubuhan itu, yang kini mempunyai 53 anggota yang mewakili lebih 2.4 bilion penduduk, sebagai pencapaian paling hebat sebagai ratu.

Beliau melakukan lebih 200 lawatan ke negara Komanwel sepanjang 66 tahun di atas takhta, melawat semua negara kecuali Cameroon dan Rwanda.

Windsor Castle yang terletak di barat London, juga akan menjadi lokasi perkahwinan Harry dan Markel, yang membintangi drama 'Suits' pada 19 Mei ini. - Reuters

2662 dibaca
Berita Harian X