Selasa, 13 March 2018 | 12:03am
Bangunan Parlimen London.

Bahan mencurigakan ditemui di Parlimen Britain

LONDON: Dua dimasukkan ke hospital hari ini selepas 'bungkusan mencurigakan' ditemui di Parlimen Britain, kata Polis Metropolitan.

"Seorang lelaki dan seorang wanita dibawa ke hospital di tengah London sebagai langkah berjaga-jaga," kata jurucakap polis manakala jurucakap Parlimen berkata kawasan itu dikepung tetapi tidak mengosongkannya.

Jurucakap Parlimen berkata, bahan yang ditemui itu tidak berbahaya.

"Siasatan yang dilakukan polis mendapati ia tidak bahaya," katanya. -AFP/Reuters

317 dibaca
Berita Harian X