Isnin, 12 March 2018 | 11:30pm
HAMPIR 700,000 etnik Islam Rohingya melarikan diri dari negeri Rakhine ke Bangladesh. - Foto fail AFP

Myanmar lakukan pembunuhan beramai-ramai - Pakar PBB

GENEVA: Pakar hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini memberi amaran kekejaman dilakukan ke atas minoriti Islam Rohingya di Myanmar menunjukkan 'tanda pembunuhan beramai-ramai' dan menegaskan kerajaan perlu bertanggungjawab.

Hampir 700,000 etnik Islam Rohingya melarikan diri dari negeri Rakhine ke Bangladesh sejak Myanmar melancarkan kempen ganas ke atas militan enam bulan lalu susulan siri kebakaran khianat, pembunuhan dan rogol dilakukan tentera dan samseng.

Myanmar menyangkal keras dakwaan Amerika Syarikat dan PBB bahawa ia melakukan pembersihan etnik, menegaskan ia bertindak balas kepada serangan Tentera Pembebasan Arakan Rohingya lewat Ogos lalu.

Namun hari ini, wakil khas PBB ke Myanmar, Yanghee Lee, menyatakan alasan itu tidak cukup kukuh.

"Saya semakin yakin jenayah dilakukan, menunjukkan tanda pembunuhan beramai-ramai dan menggesa bertanggungjawab," katanya kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB. - AFP

570 dibaca
Berita Harian X