Isnin, 12 Februari 2018 | 11:43pm
SEORANG wanita maut manakala 22 yang lain cedera apabila dua kereta api bertembung di Styria, Austria. - AFP

1 maut, 22 cedera tren bertembung di Austria

VIENNA: Seorang wanita maut manakala 22 yang lain cedera apabila dua kereta api bertembung di Styria, Austria hari ini.

Menurut polis, tiga kanak-kanak antara yang cedera dalam kemalangan sebelum jam 1 tengah hari waktu tempatan di bandar Niklasdorf.

Menurut syarikat kereta api Austria, tren antara bandar bertembung dengan tren penumpang serantau, menyebabkan beberapa gerabak tergelincir.

Punca kemalangan sedang disiasat. - Reuters

199 dibaca
Berita Harian X