Isnin, 12 Februari 2018 | 9:39am
LAPANGAN Terbang London City ditutup buat sementara susulan penemuan sebutir bom Perang Dunia Kedua. - Foto Google

Lapangan terbang London City ditutup angkara bom

LONDON: Lapangan Terbang London City ditutup buat sementara semalam, susulan penemuan sebutir bom Perang Dunia Kedua berhampiran Sungai Thames.

Bahan letupan terbabit ditemui di Jeti Raja George V, berhampiran landasan lapangan terbang di tengah bandaraya London itu.

Menurut satu kenyataan daripada pihak pengurusan, landasan sepanjang 214 meter itu diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga oleh Polis Metropolitan, menyebabkan lapangan terbang terbabit terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Susulan penutupan, orang ramai diberi arahan untuk mengelak daripada berurusan di premis berkenaan.

"Semua penumpang yang dijadualkan menaiki penerbangan dari lapangan terbang ini dinasihatkan untuk menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mendapatkan keterangan lanjut," kata kenyataan itu.

Lapangan Terbang London City di timur London itu khusus mengendalikan penerbangan jarak pendek.

Menurut Polis Metropolitan, penemuan bom berkenaan dilaporkan pada awal pagi semalam, kira-kira jam 5 pagi waktu tempatan. - AFP

316 dibaca
Berita Harian X