Jumaat, 13 Oktober 2017 | 7:32am
ISRAEL mengumumkan turut menarik diri daripada UNESCO. - Foto AFP

Israel tinggalkan UNESCO

PARIS: Israel mengumumkan turut menarik diri daripada agensi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) selepas Amerika Syarikat (AS) berbuat demikian atas alasan sikap berat sebelah.

Pengunduran AS adalah tamparan hebat terhadap pertubuhan yang berpangkalan di Paris itu kerana Washington adalah penyumbang satu perlima dananya.

UNESCO ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua untuk melindungi warisan sejarah dan semula jadi di seluruh dunia.

Badan itu mengiktiraf Tapak Warisan Dunia seperti bandar purba Palmyra di Syria dan Taman Negara Grand Canyon di AS.

"Ini keputusan penting yang mencerminkan kebimbangan AS terhadap UNESCO. Ia memerlukan reformasi besar kerana berterusan mengambil pendekatan anti-Israel," kata jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, berkata Israel akan menarik diri sambil menyifatkan keputusan AS sebagai berani dan bermoral. - Reuters

3367 dibaca
Berita Harian X