Selasa, 10 Oktober 2017 | 1:12am

Wanita buat kecoh di sekolah Putera George

LONDON: Seorang wanita diberi amaran polis kerana menyebabkan kekecohan di sekolah yang dihadiri Putera George, di sini.

Polis ibu kota ini dalam satu kenyataan berkata, wanita itu menerima amaran kerana mencetuskan kekecohan dalam kawasan sekolah eksklusif Thomas's Battersea pada 12 September lalu.

Amaran itu tidak membabitkan kes mahkamah, namun kesalahan tercatat dalam rekod individu.

George adalah pewaris ketiga takhta selepas datuknya, Putera Charles dan bapanya, Putera William, Duke of Cambridge.

Polis berkata, mereka akan terus bekerjasama dengan sekolah berkenaan berkaitan urusan keselamatan untuk putera muda itu.

Sekolah itu mengenakan yuran sebanyak STG17,600 (RM97,336) setahun. - AFP

2665 dibaca
Berita Harian X