Isnin, 9 Oktober 2017 | 7:04am
Gambar fail, kelihatan pelancong mengambil gambar menggunakan telefon bimbit di kubu Inca Machu Picchu di Andes Peru pada 2 Disember 2014. - Foto Reuters

Maut terjatuh ketika bergambar

AVIGNON: Seorang pendaki Jerman yang mengembara bersama keluarganya maut semalam di Perancis apabila terjatuh ketika mengambil gambar.

Lelaki berusia 48 tahun itu hilang keseimbangan di wilayah Gard dan terjatuh dari tebing pada ketinggian 30 meter kira-kira jam 10.00 pagi waktu tempatan manakala keluarganya cuma dapat melihat tanpa boleh membantu.

"Dia mengambil gambar atau gambarnya diambil di kawasan yang dikenali dengan kecantikannya," kata jurucakap perkhidmatan penyelamat.

Mereka berada berhampiran Montclus, dikenali sebagai antara kampung paling indah di Perancis. - AFP

9942 dibaca
Berita Harian X