Isnin, 9 Oktober 2017 | 1:44am
SLIM Chaker . - Foto AFP

Menteri Kesihatan Tunisia meninggal dunia selepas maraton

TUNIS: Menteri Kesihatan Tunisia meninggal dunia akibat serangan jantung selepas mengambil bahagian dalam maraton amal, hari ini.

Slim Chaker, 56 dilaporkan mula mengalami kesakitan selepas berlari kira-kira 500 meter dan menyampaikan ucapan pada waktu pelepasan di bandar Nabeul.

Acara itu diadakan bagi mengutip dana untuk membina klinik bagi merawat kanak-kanak yang menghidap kanser.

Slim meninggal dunia tidak lama kemudian di sebuah hospital tentera di sini.

Perdana Menteri, Youssef Chahed, memuat naik status di Facebook:

"Saya kehilangan seorang adik dan rakan. Beliau meninggal dunia ketika melakukan kerja amal yang sangat mulia,".

Kematian Slim turut menimbulkan kesedihan mendalam dalam kalangan media tempatan serta pengguna internet negara Afrika Utara itu. - AFP

900 dibaca
Berita Harian X