Rabu, 13 September 2017 | 12:32am
Kakitangan penyelamat berdiri di gunung berapi Solfatara di Pozzuoli. - Foto EPA
Pasukan penyelamat tiba di lokasi mana tiga orang meninggal di kawah Pozzuoli, Naples, Itali. - Foto EPA
Pemandangan di sekitar gunung berapi Solfatara di Pozzuoli di mana tiga orang meninggal di kawah di Pozzuoli, Naples, Itali. - Foto EPA

3 beranak maut dalam kawah gunung berapi

ROME: Sepasang suami isteri dan anak lelaki mereka berusia 11 tahun, maut selepas terjatuh ke dalam kawah gunung berapi yang cetek dekat bandar Naples.

Empat sekeluarga itu, termasuk seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun yang terselamat sedang melawat Solfatara, antara destinasi gunung berapi terkenal dekat Campi Flegrei (Padang Terbakar), kira-kira 30 kilometer di timur Naples.

"Kami masih cuba menyiasat apa sebenarnya berlaku. Mereka menyeberangi penghadang keselamatan dan terjatuh ke dalam lubang," kata pegawai taman Campi Flegrei kepada AFP.

Menurut laporan media, budak lelaki berusia 11 tahun itu adalah yang pertama terjatuh sebaik menyeberangi penghadang.

Ibu dan bapanya turut terjatuh ketika cuba menyelamatkannya.

Pihak berkuasa percaya mereka terbunuh akibat terhidu gas.

Hanya anak mangsa yang berusia tujuh tahun tidak menyeberangi penghadang dan ditemui dalam keadaan trauma akibat terkejut.

Campi Flegrei adalah kawasan terletaknya lebih 30 kawah gunung berapi. Saintis dikatakan sangat bimbang dengan kemungkinan ia akan meletus. - AFP

4540 dibaca
Berita Harian X