Khamis, 10 Ogos 2017 | 8:43pm

Penyerang tentera warga Algeria

PARIS: Seorang lelaki yang ditembak polis Perancis selepas disyaki menyerang sekumpulan tentera, dikenali pasti sebagai warga Algeria yang berusia 36 tahun dan tidak berada dalam senarai pemerhatian.

Dia kini sedang dirawat di Hospital Lille, utara Perancis dan berada dalam keadaan stabil.

Media Perancis melaporkan lelaki itu cedera selepas ditembak polis ketika kereta sewa yang dinaikinya dikejar dan dihalang di lebuh raya dekat Boulogne.

Terdahulu, enam tentera cedera, tiga parah apabila sebuah kenderaan merempuh mereka dekat Paris.

Kumpulan tentera itu diserang ketika berada di zon pejalan kaki, di luar bangunan pangsapuri kediaman mereka di Levallois-Perret. Semua mangsa cedera.

Pendakwa raya Paris menjelaskan serangan pada pagi Rabu itu adalah cubaan membunuh dikaitkan dengan tindakan pengganas.

Perancis terbabit dalam memerangi kumpulan Daesh di Iraq dan Syria, sering menjadi sasaran serangan oleh kumpulan militan terbabit. - Reuters

302 dibaca
Berita Harian X