Khamis, 10 Ogos 2017 | 6:50pm
PESAWAT pemadam kebakaran Kanadair menjatuhkan air ke atas api liar berhampiran Saint-Pons-de-Mauchiens, kira-kira 40 km dari Montpellier, selatan Perancis. - Foto AFP

400 lari kebakaran hutan di Perancis

PARIS: Sekurang-kurangnya 400 peserta perkhemahan dan penduduk terpaksa melarikan diri apabila kebakaran hutan yang melanda kawasan kering di selatan Perancis, kata bomba.

Jurucakap bomba berkata, kebakaran itu berjaya dikawal selepas memusnahkan kawasan seluas 500 hektar hutan pokok pain dan belukar, kira-kira 40 kilometer di barat daya Montpellier.

Seramai 200 anggota bomba bekerja keras mengawal kebakaran apabila terpaksa berdepan dengan angin kuat sepanjang hari.

"Hari ini keadaan cuaca memerlukan pemerhatian dengan bijak," kata jurucakap bomba.

Ketika kebakaran semakin merebak, kira-kira 800 anggota bomba terpaksa dikerah.

Bulan lalu menyaksikan kebakaran hutan berlaku di seluruh Perancis yang berdepan musim panas dan cuaca kering. - AFP

89 dibaca
Berita Harian X