Rabu, 9 Ogos 2017 | 7:08pm
POLIS memeriksa kawasan kejadian tentera Perancis dipukul dan cedera oleh sebuah kenderaan di pinggir bandar Paris sebelah barat Levallois-Perret, Perancis. - Foto REUTERS

6 tentera cedera dirempuh kereta

PARIS: Unit antikeganasan pejabat pendakwa raya Perancis melancarkan siasatan berhubung rempuhan kereta yang mencederakan enam anggota tentera di luar berek mereka hari ini.

Siasatan diarahkan dibuat mengenai 'cubaan membunuh berkaitan tindakan pengganas', kata pendakwa dalam kenyataan.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Perancis, Florence Parly, hari ini mengutuk kejadian itu dan menyifatkan ia sebagai 'tindakan pengecut'.

Kejadian itu, yang disifatkan polis sebagai sengaja dilakukan, 'tidak meruntuhkan kesungguhan anggota tentera untuk bekerja demi keselamatan rakyat Perancis, katanya dalam kenyataan. - AFP

Berita Harian X