Khamis, 11 Oktober 2018 | 9:49pm
SERAMAI 74 orang terbunuh dalam serangan pada 2016 dan 2017 di Kaherah, Iskandariah dan Tanta di lembah Nil yang menyasarkan minoriti penganut Kristian Koptik. - Foto fail Reuters

17 dihukum mati serang gereja: Mesir

KAHERAH: 17 orang dijatuhi hukuman mati oleh sebuah mahkamah tentera Mesir hari ini susulan satu siri pengeboman gereja dipercayai oleh militan Daesh yang mengakibatkan berpuluh terkorban.

Hakim berkata 19 lagi banduan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 10 yang lain dihukum penjara selama 10 hingga 15 tahun.

Seramai 74 orang terbunuh dalam serangan pada 2016 dan 2017 di Kaherah, Iskandariah dan Tanta di lembah Nil yang menyasarkan minoriti penganut Kristian Koptik, 10 peratus daripada majoriti penduduk Islam Sunnah di Mesir.

Gereja Kristian di seluruh Mesir sering menjadi sasaran serangan yang didakwa dilancarkan oleh militan Daesh, mendorong pihak berkuasa untuk mengisytiharkan darurat.

Tentera Mesir sedang mengadakan operasi besar-besaran di Semenanjung Sinai menyasarkan untuk menghapuskan kumpulan militan Daesh. - AFP

230 dibaca
Berita Harian X