Khamis, 11 Oktober 2018 | 1:14pm
Kesesakan lalu lintas dilihat di hadapan pasaran baharu Toyosu, yang dipindahkan dari pasaran Tsukiji, pada hari pembukaannya, di Tokyo, Jepun. - Foto REUTERS

Tapak baru pasar tuna Tsukiji mula beroperasi

TOKYO: Kedengaran laungan proses lelongan tuna sebelum subuh bergema buat kali pertama di pasar ikan baharu Tokyo, hari ini, beberapa hari selepas tapak pasar Tsukiji yang terkenal di dunia ditutup selepas beroperasi lebih 83 tahun.

Lokasi lelongan mungkin berubah tetapi amalan lama masih dikekalkan, ikan tuna beku bersaiz gergasi diletakkan di atas lantai, loceng berbunyi tanda bermulanya lelongan dan bunyi sistem penawaran yang kuat serta membingungkan hanya boleh difahami oleh mereka yang mengambil bahagian.


Pemborong mengambil bahagian dalam lelongan di kawasan kedai runcit pada hari pembukaan pasar Toyosu baru, ia telah dipindahkan dari pasar Tsukiji, di Tokyo, Jepun. - Foto REUTERS

“Kita bermula, kita bergerak sekarang,” kata Kiyoshi Kimura, seorang selebiriti dunia sushi, pemilik rangkaian Sushi Zanmai dan pernah mencipta rekod harga tuna ketika lelongan Tahun Baharu.

“Kita tidak akan dapat harga yang sama hari ini,” katanya kepada AFP.

Pada Ahad lalu, selepas hari lelongan terakhir, pasar Tsukiji dipenuhi jentera pengangkut membawa tong untuk dipindahkan ke tapak pasar baharu. - AFP

211 dibaca
Berita Harian X