Isnin, 16 April 2018 | 4:37pm

Bekas pengerusi pengawal selia insurans didakwa kes rasuah

BEIJING: Bekas pengerusi badan pengawal selia insurans China, Xiang Junbo didakwa di mahkamah kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pengambilan rasuah.

Menurut pendakwa raya, setakat ini, Junbo, adalah pengawal selia kewangan berjawatan tertinggi yang disiasat atas kes rasuah.

Junbo dipecat dari Parti Komunis tahun lalu, selepas pemantau anti rasuah China mendedahkan Junbo melanggar disiplin dan peraturan politik demi kepentingan politik peribadi.

Mulai tahun ini, China bertindak menggabungkan badan pengawal selia perbankan dan insurans bertujuan mengatasi masalah sedia ada antaranya yang membabitkan pengawal seliaan dan tanggungjawab yang tidak jelas. - Reuters

95 dibaca
Berita Harian X