Isnin, 12 March 2018 | 9:08pm
PASUKAN penyelamat membuat persediaan sebelum misi pencarian mangsa di Kurangani Hill, di daerah Theni. - Foto AFP
PASUKAN penyelamat membuat persediaan sebelum misi pencarian mangsa di Kurangani Hill, di daerah Theni. - Foto AFP
PEGAWAI rasmi kerajaan bercakap dengan ahli keluarga di Hospital Rajaji, di Madurai. - Foto AFP

9 pendaki maut, hutan terbakar di Tamil Nadu

NEW DELHI: Sembilan pendaki maut manakala 18 lain melecur teruk ketika kebakaran hutan berlaku di kawasan pendakian popular di Tamil Nadu, India, kata pihak berkuasa hari ini.

Kumpulan terbabit mendaki melalui daerah Theni, rantau berbukit bukau di hutan tebal selatan India dipenuhi ladang teh, apabila mereka lari menyelamatkan diri akibat api yang marak menyambar.

Mangsa terpisah apabila cuba mencari laluan selamat mengelak disambar api.

"Mangsa melencong dari laluan sepatutnya, yang menjadi kawasan pendakian popular. Sembilan orang maut dan 27 lagi diselamatkan," kata pegawai daerah Theni, S Kandasamy kepada AFP.

Kandasamy berkata, daripada jumlah itu, 18 cedera dan sesetengah mangsa dihantar ke hospital akibat lecur teruk di kebanyakan tubuh, lapor akhbar Press Trust of India (PTI).

Katanya, kawasan terbabit masih terbakar tanpa dikawal di rantau bersempadan Kerala, sejauh 540 kilometer dari ibu kota Tamil Nadu di Chennai. - AFP

283 dibaca
Berita Harian X