Isnin, 12 March 2018 | 7:52pm
PETUGAS keselamatan di lokasi nahas pesawat US-Bangla Airlines yang terhempas terhempas berhampiran lapangan terbang ibu kota Nepal . - Foto AFP

40 maut nahas pesawat Bangladesh

KATHMANDU: Sekurang-kurangnya 40 maut dan 23 cedera apabila pesawat penumpang Bangladesh terhempas berhampiran lapangan terbang ibu kota Nepal hari ini.

"Tiga puluh satu meninggal dunia serta-merta dan sembilan lagi di dua hospital di Kathmandu," kata jurucakap polis, Manoj Neupane, menambah 23 lagi cedera.

Pesawat US-Bangla Airlines itu membawa 67 penumpang dan empat kru dalam penerbangan dari Dhaka. - AFP

832 dibaca
Berita Harian X