Isnin, 12 March 2018 | 6:29pm
KONFLIK tujuh tahun di Syria menyebabkan lebih 350,000 maut. - Foto AFP

Perang di Syria ragut lebih 350,000 nyawa

BEIRUT: Konflik tujuh tahun di Syria menyebabkan lebih 350,000 maut, menurut angka kematian keseluruhan terbaru yang disiarkan hari ini oleh Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).

Kumpulan pemerhati beribu pejabat di Britain itu, yang bergantung dengan rangkaian sumber di seluruh negara bergolak berkenaan, berkata 353,935 penduduk terbunuh sejak 15 Mac 2011.

Konflik itu, yang memasuki tahun kelapan Khamis ini, mensasarkan penduduk awam, termasuk serangan berterusan rejin di Timur Ghouta, berhampiran Damsyik.

Menurut SOHR, 106,390 penduduk awam terkorban dalam perang selama tujuh tahun itu. - AFP

605 dibaca
Berita Harian X