Isnin, 12 March 2018 | 5:59pm
BANGKAI pesawat yang terhempas di lapangan terbang antarabangsa Kathmandu. - Foto Reuters
PETUGAS keselamatan di lokasi nahas pesawat US-Bangla Airlines yang terhempas di lapangan terbang antarabangsa Kathmandu. - Foto Reuters
PESAWAT milik syarikat US-Bangla Airlines terhempas ketika cuba mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kathmandu hari ini. - Foto Twitter

Pesawat penumpang terhempas di Kathmandu

KATHMANDU: Sebuah pesawat penumpang terhempas ketika cuba mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kathmandu hari ini kata pegawai.

Pesawat milik syarikat US-Bangla Airlines itu dilaporkan terbakar dan pasukan penyelamat sedang berusaha memadamkan kebakaran.

"Kami dalam proses memadamkan kebakaran dan menyelamatkan penumpang,' kata jurucakap lapangan terbang, Prem Nath Thakur kepada AFP.

Menurut laporan BBC, pesawat berkenaan membawa seramai 67 hingga 78 penumpang.

Beberapa media melaporkan, ramai penumpang maut dalam kejadian itu dan sebilangan lagi cedera. - Agensi

2641 dibaca
Berita Harian X