Isnin, 12 March 2018 | 12:12am
PESAWAT persendirian Turki terhempas di barat daya Iran. - Foto fail Reuters

11 maut nahas pesawat persendirian Turki

DUBAI: Pesawat persendirian Turki dalam penerbangan dari Sharjah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Istanbul terhempas di barat daya Iran, lapor stesen televisyen Iran dan agensi berita Tasnim semalam, memetik kenyataan pegawai penerbangan.

Pesawat itu membawa 11 penumpang termasuk anak kapal.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan dipetik stesen televisyen sebagai berkata ia terhempas di kawasan pergunungan dan terbakar. - Reuters/AFP

1089 dibaca
Berita Harian X