Khamis, 15 Februari 2018 | 1:34pm

232 kes norovirus dikesan di Pyeongchang

PYEONGCHANG: Wabak norovirus yang melanda Sukan Olimpik meningkat kepada 232 kes setakat ini, selepas 33 pesakit disahkan dijangkiti virus itu di beberapa lokasi lain, di sini.

Sebelum ini, kes norovirus dikesan di pusat remaja yang menempatkan kakitangan, tetapi kes terbaharu dilaporkan di kediaman kakitangan di Pyeongchang dan Gangneung, yang menjadi hab utama acara sukan berlangsung.

Norovirus mudah merebak dan ia boleh menyebabkan cirit-birit serta muntah.

"Kami sentiasa memantau kualiti air, selain memastikan kebersihan sentiasa dijaga," kata jurucakap jawatankuasa penganjur Sung Baik-you.

Setakat ini, tiada atlet dilaporkan dijangkiti norovirus dan pihak jawatankuasa penganjur berkata, pencemaran air di pusat belia Horeb dikenal pasti sebagai punca wabak. - AFP

968 dibaca
Berita Harian X