Jumaat, 9 Februari 2018 | 12:43pm
Peserta Russia, Semen Pavlichenko, menjalani latihan pada acara Luge di Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang. - Foto REUTERS

Mahkamah tolak permohonan 47 atlet Russia

PYEONGCHANG: Seramai 47 warga Russia yang berdepan isu doping gagal mendapatkan kebenaran mahkamah bagi menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang hari ini, iaitu beberapa jam sebelum majlis pembukaan.

Mereka mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan (CAS) untuk membatalkan keputusan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk tidak menjemput mereka menyertai acara sukan itu.

Antara pemohon, termasuk pemain skate kelahiran Korea Selatan, Victor An.

"Permohonan yang difailkan oleh atlet Russia dan jurulatih itu ditolak," kata Setiausaha Agung CAS, Matthieu Reeb dalam satu sidang media. - AFP

565 dibaca
Berita Harian X