;
Selasa, 6 Februari 2018 | 7:25am

Polis Maldives tahan bekas presiden

MALE (MALDIVES): Bekas presiden Maldives, Maumoon Abdul Gayoom ditahan semalam, sejurus selepas abang tirinya, Presiden Abdulla Yameen mengisytiharkan keadaan darurat, menurut anak perempuan Gayoom.

Beliau yang kini berusia 80 tahun, menyandang jawatan presiden hampir 30 tahun sebelum negara itu mengadakan pilihan raya demokratik pertamanya pada 2018.

Menurut kenyataan anak perempuannya, Yumna Maumoon menerusi Twitter peribadi, bapanya ditahan di kediamannya di ibu kota Male.

Gayoom didakwa memihak kepada pembangkang utama dan giat berkempen menggulingkan abangnya. - AFP

1060 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »