Jumaat, 12 Januari 2018 | 7:08pm
RATUSAN penduduk Islam mengadakan bantahan di luar ibu pejabat Facebook di ibu kota Indonesia hari ini, menuduh gergasi media sosial itu mengamalkan diskriminasi kerana menyekat beberapa laman dikendalikan kumpulan konservatif atas alasan menyebarkan kebencian. - Foto EPA-EFE
RATUSAN penduduk Islam mengadakan bantahan di luar ibu pejabat Facebook di ibu kota Indonesia hari ini, menuduh gergasi media sosial itu mengamalkan diskriminasi kerana menyekat beberapa laman dikendalikan kumpulan konservatif atas alasan menyebarkan kebencian. - Foto EPA-EFE

Ratusan sertai tunjuk perasaan bantah Facebook

JAKARTA: Ratusan penduduk Islam mengadakan bantahan di luar ibu pejabat Facebook di ibu kota Indonesia hari ini, menuduh gergasi media sosial itu mengamalkan diskriminasi kerana menyekat beberapa laman dikendalikan kumpulan konservatif atas alasan menyebarkan kebencian.

Penunjuk perasaan, yang berpakaian putih dan termasuk anggota Barisan Pertahanan Islam (FPI) berarak dari masjid ke pejabat Facebook di Jakarta.

"Kami mahu mengingatkan Facebook supaya kekal berkecuali dan seimbang.

"Banyak akaun yang menyebarkan kebencian mengenai Islam, ulama, dibenarkan beroperasi. Akaun yang berbicara mengenai bantuan kemanusiaan Islam disekat," kata jurucakap FPI, Slamet Maarif.

Katanya, kumpulan berkenaan masih merancang menggunakan media sosial itu dan berhasrat membuka akaun baru.

Sementara itu, Facebook berkata dasarnya adalah memadamkan kandungan yang melanggar piawaian komunitinya.

"Piawaian komuniti kami dibuat untuk mengelakkan pertubuhan atau individu yang menggalakkan ucapan kebencian atau keganasan terhadap mereka yang berbeza pandangan," kata wakil syarikat berkenaan.

Jurucakap Kementerian Komunikasi Indonesia, Semuel Pangerapan, berkata: "Kami tidak pernah meminta akaun FPI ditutup." - Reuters

1968 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »