Khamis, 12 Oktober 2017 | 9:07pm
Mahkamah India, hari ini membatalkan sabitan terhadap pasangan doktor gigi di atas pembunuhan anak perempuan dan pekerja rumah mereka kerana kekurangan bahan bukti.- Foto AFP

Pasangan suami isteri bebas tuduhan bunuh anak

NEW DELHI: Mahkamah India, hari ini membatalkan sabitan terhadap pasangan doktor gigi di atas pembunuhan anak perempuan dan pekerja rumah mereka kerana kekurangan bahan bukti.

Aarushi Talwar ditemui dengan kesan kelar pada leher di rumah keluarga mereka di Noida di pinggir New Delhi pada 2008.

Sehari selepas itu, mayat pekerja berkenaan, Hemraj, ditemui di atas bumbung rumah.

Perbicaraan sebelum ini mensabitkan ibu bapa remaja itu, Rajesh dan Nupur Talwar, selepas polis mendakwa Rajesh membunuh anak perempuan dan pembantu rumahnya dalam keadaan marah apabila menemui mereka dalam keadaan memalukan.

Pasangan itu, kedua-duanya bertugas sebagai doktor gigi, dipenjarakan seumur hidup.

Namun mahkamah tinggi membatalkan keputusan itu, berkata ia tidak berpuas hati dengan bukti dan mengarahkan pasangan berkenaan dibebaskan, kata peguam mereka, Tanveer Ahmed Mir.

"Mahkamah tidak menemui bukti forensik atau material untuk membuktikan pasangan Talwar membunuh anak perempuan mereka," kata Mir kepada wartawan di luar kamar mahkamah di Allahabad.

Mereka menafikan melakukan pembunuhan dan menegaskan menjadi mangsa siasatan cuai dan liputan media yang tidak adil, yang menjejaskan usaha mempertahankan diri. - Reuters

172 dibaca
Berita Harian X