Khamis, 12 Oktober 2017 | 9:05pm
RAKYAT Palestine meraikan perjanjian damai antara Fatah dan Hamas . -Foto AFP
MENTERI Perisikan Mesir Khalid Fawzi (tengah), berjabat tangan dengan Timbalan Ketua Hamas dari politburo Saleh al-Aruri selepas menandatangani perjanjian antara Fatah dan Hamas, Mesir.- Foto EPA

Fatah, Hamas meterai perjanjian damai

KAHERAH: Parti yang bertelagah di Palestin, Fatah dan Hamas, memeterai perjanjian damai hari ini dengan kehadiran pegawai perisik Mesir, menurut video yang disiarkan media Palestin.

Ia ditandatangani oleh Timbalan Ketua Hamas yang baharu, Salah al-Aruzi dan ketua delegasi Fatah, Azzam al-Ahmad, kata sumber kedua-dua pihak dalam rundingan itu.

Sehubungan itu, kedua-dua pihak akan menyerahkan tanggungjawab bagi lintasan sempadan Rafah di Gaza kepada kerajaan perpaduan pada 1 November ini, kata sumber.

Fatah dan Hamas juga bersetuju menyerahkan kawalan pentadbiran Gaza kepada kerajaan perpaduan selewat-lewatnya 1 Disember ini. - Reuters/AFP

201 dibaca
Berita Harian X