Khamis, 12 Oktober 2017 | 12:24am

4 maut, loji penapis minyak meletup

ISTANBUL: Empat pekerja terbunuh dan dua lagi cedera apabila sebuah kilang tapisan minyak di barat Turki meletup.

Seorang pegawai kanan tempatan, Bayram Yilmaz, dipetik agensi Anadolu sebagai berkata, letupan di kilang Tupras di rantau Izmir adalah satu kemalangan industri.

"Tiada gangguan luaran atau serangan," katanya.

Laporan berkata, kemalangan berpunca daripada pembentukan gas ketika penyelenggaraan. - AFP

272 dibaca
Berita Harian X