Selasa, 12 September 2017 | 8:12am

2 anggota Daesh ditahan di Arab Saudi

RIYADH: Dua anggota militan Daesh warga Yaman berjaya ditahan pihak berkuasa Arab Saudi atas tuduhan melancarkan serangan di negara itu.

Dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi, Saudi Press Agency, pihak berkuasa berkata, pasukan keselamatan berjaya mematahkan cubaan serangan menggunakan jaket pengebom nekad di dua bangunan Kementerian Pertahanan di Riyadh.

Yang turut ditahan, dua warga Arab Saudi kerana disyaki terbabit dalam rancangan pengeboman berkenaan.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak mendedahkan bila tangkapan itu dibuat.

Arab Saudi kini mengetuai tentera pakatan yang menyokong Kerajaan Yaman, pimpinan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi, selepas pemberontak Huthi yang mendapat sokongan Iran memaksa beliau hidup dalam buangan. - AFP/Reuters

253 dibaca
Berita Harian X