Jumaat, 11 Ogos 2017 | 12:12pm
PERDANA Menteri Kemboja, Hun Sen.- Foto fail Reuters

PM Kemboja tuduh tentera Laos menceroboh

PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, menuduh negara jiran, Laos, mengerahkan tenteranya menceroboh tanah Kemboja, April lalu dan meminta mereka segera keluar sebelum atau pada 17 Ogos.

Dalam satu majlis di Phnon Penh, Hun Sen berkata , beliau turut menggerakkan tentera ke kawasan sempadan.

Beliau juga difahamkan, kira-kira 30 askar dari Laos memasuki kawasan itu dengan sebahagiannya akan kekal berada di sana pada siang hari.

Beliau mengesahkan sudah berhubung dengan kerajaan Laos.

"Saya tidak boleh bersabar lagi. Bergaduh bukan tindakan yang betul, tetapi jika mereka tidak berundur, kami akan melakukannya.

"Kami tidak mengisytiharkan perang, kami hanya mahu mendapatkan kembali tanah kami," katanya. - REUTERS

496 dibaca
Berita Harian X