;
Ahad, 23 Julai 2017 | 2:12pm
MENTERI Luar UAE, Anwar Gargash.- Foto Reuters

Tukar dasar, baru runding - UAE

DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE), negara Arab yang mengenakan sekatan terhadap Qatar memberi syarat kepada Doha supaya menukar dasarnya sebelum rundingan boleh dijalankan.

Pada bulan lalu, Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan dengan Qatar dan mengenakan sekatan ekonomi dengan menuduh negara itu menyalurkan dana kepada kumpulan pelampau dan menyokong keganasan.

Doha berulang kali menyangkal keras dakwaan itu.

Menteri Luar UAE, Anwar Gargash berkata, gesaan rundingan oleh Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani dialu-alukan tetapi ia hanya berlaku selepas Doha melaksanakan perubahan.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan permintaan tetapi empat negara terbabit sudah mengeluarkan lebih 12 tuntutan supaya Qatar menutup stesen televisyen Al-Jazeera, mengehadkan hubungan dengan Iran dan menutup pangkalan tentera Turki.

"Dialog amat diperlukan tetapi asas utamanya ialah kajian semula dasar, " kata Gargash menerusi akaun Twitter.

Reuters

633 dibaca
Berita Harian X