Selasa, 17 April 2018 | 2:57pm

True Corp dedah kebocoran data pelanggan

BANGKOK: Insiden kebocoran data peribadi 11,400 pelanggan True Corp dipercayai adalah kes pertama membabitkan syarikat pengendali telefon mudah alih di Thailand.

Syarikat telefon mudah alih, True Corp berkata, kejadian itu membabitkan anak syarikatnya, iTrumart.

"Fail yang didedahkan itu adalah milik pelanggan yang membeli pakej telefon mudah alih True Corp iaitu ' TruMove H' melalui platform e-dagang iTruemart," kata Timbalan Pengarah Perniagaan Telefon Mudah Alih, Pakpong Pattanamas pada sidang media di sini, semalam.

Namun, katanya, tiada kebocoran data membabitkan pelanggan TrueMove H yang lain.

Syarikat pengendali telefon mudah alih True Corp adalah kedua terbesar di Thailand dan syarikat utama milik jutawan Dhanin Chearavanont dari Charoen Pokphand Group.- Reuters

207 dibaca
Berita Harian X