Jumaat, 13 April 2018 | 1:58am

Majlis PBB lawat Myanmar, Bangladesh dan Iraq

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan lawatan ke Myanmar dan Bangladesh bulan ini untuk melihat kesan krisis pelarian Rohingya dan menjelang pilihan raya Iraq.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, semua 15 ahli majlis dewan akan mengadakan lawatan bermula 26 April hingga 2 Mei tahun ini.

Hampir 700,000 Rohingya diusir keluar dari negeri Rakhine dan tinggal di kem pelarian yang sesak di Bangladesh sejak operasi kekerasan tentera Myanmar pada Ogos tahun lalu.

Selepas majlis mencadangakan lawatan diadakan pada Februari lalu, kerajaan Myanmar memberi alasan ia bukan waktu yang sesuai tetpai kemudian memberi lampu hijau bulan ini.

Pihak berkuasa Myanmar berkata operasi di negeri Rakhine bertujuan untuk menjejaki pelampau tetapi Majlis Keselamatan menuntut etnik Rohingya dibenarkan kembali ke rumah mereka secara selamat.

Sementara itu, pada 12 Mei depan majlis bakal melakukan lawatan ke Iraq, ia digambarkan sebagai tanda sokongan menjelang perhimpunan pilihan raya wilayah dan Parlimen. - AFP

247 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »