Isnin, 12 March 2018 | 7:41pm
UNIVERSITI Indonesia yang menjadi tajuk utama berita dunia apabila mengharamkan niqab, menarik balik dasar berkenaan susulan kritikan ia campur tangan dalam pilihan peribadi. - Foto AFP

Universiti Indonesia tarik balik larangan niqab

YOGYAKARTA: Universiti Indonesia yang menjadi tajuk utama berita dunia apabila mengharamkan niqab, menarik balik dasar berkenaan susulan kritikan ia campur tangan dalam pilihan peribadi.

Universiti Islam Sunan Kalijaga di Yogyakarta mengeluarkan arahan itu minggu lalu kepada puluhan pelajar wanita yang memakai niqab dan memberi amaran mereka mungkin dibuang kerana tidak mematuhi arahan.

Universiti berkenaan, yang mempunyai 10,000 pelajar, berkata peraturan yang kini sudah dibatalkan itu bertujuan menangani ekstremisme agama di dunia paling ramai umat Islam di dunia itu.

"Garis panduan mengenai pelajar memakai niqab akan ditarik balik dalam usaha mengekalkan iklim akademik yang kondusif untuk keadilan," menurut kenyataan yang dikeluarkan universiti itu hujung minggu lalu.

Penyokong peraturan baru itu berkata, pemakaian niqab bukan peraturan agama, tetapi pengkritik melihat tindakan anti-niqab sebagai melanggar hak individu.

Satu lagi universiti di Yogyakarta, Universiti Ahmad Dahlan, juga menggesa pelajar tidak memakai niqab, tanpa mengenakan penalti bagi mereka yang tidak mematuhinya, manakala beberapa universiti lain di negara itu mengeluarkan larangan niqab pada masa lalu. - AFP

423 dibaca
Berita Harian X