Jumaat, 9 March 2018 | 9:14pm
PESURUHJAYA Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Zeid Ra'ad al-Hussein. - Foto Reuters

Rujuk isu pembunuhan Rohingya ke ICC: PBB

GENEVA: Pegawai atasan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini menggesa Perhimpunan Agung badan dunia itu merujuk dakwaan pembunuhan beramai-ramai dilakukan ke atas minoriti Islam Rohingya di Myanmar ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Zeid Ra'ad al-Hussein, juga menggesa kerajaan Myanmar membenarkan pemantau memasuki negeri utara Rakhine itu bagi menyiasat apa yang digelar 'tindakan genosid' disyaki ke atas minoriti Islam terbabit.

"Kami mengatakan ada kecurigaan kukuh bahawa tindakan genosid mungkin berlaku. Namun hanya mahkamah dapat membuktikannya," kata Zeid dalam sidang media di sini.

Dalam pada itu, penyiasat bebas hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Myanmar menyaksikan bukti meningkat aktiviti genosid berlaku dan mahu pendakwaan atas jenayah dilakukan ke atas keseluruhan kumpulan etnik dan agama.

Dalam laporan diterbitkan hari ini diserahkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Yanghe Lee berkata, tindakan dilakukan menunjukkan berlakunya genosid sekali gus membuat gesaan keras mendakwa pihak bertanggungjawab.

"Kepimpinan kerajaan yang tidak melakukan apa-apa untuk campur tangan, menghentikan atau mengecam tindakan ini juga perlu dipertanggungjawabkan," katanya. -Reuters

307 dibaca
Berita Harian X